Archive for October, 2011

Boleh guna dwibahasa dalam Sains dan Matematik:

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Kementerian Pelajaran menegaskan semua pelajar sekolah kebangsaan kecuali tahun satu mulai sesi 2011 boleh menggunakan dwibahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Sains dan Matematik.

Timbalan menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pemilihan antara bahasa Melayu atau Inggeris untuk subjek itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan guru dan murid di sesebuah sekolah.

Mengenai pengecualian kepada murid tahun satu, katanya, ia kerana mereka kini menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

”Buat masa ini, kementerian masih meneruskan penggunaan dwibahasa dalam penyediaan kertas peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Namun dengan pendekatan soft landing melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI), penggunaan dwibahasa akan digerakkan secara beransur-ansur mengikut fasa,” katanya menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Che Uda meminta kementerian menjelaskan mengenai P&P dalam kalangan pelajar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ekoran pengumuman proses itu tidak jelas di peringkat sekolah yang terlibat sebelum ini.

Mohd. Puad berkata, proses P&P dari semasa ke semasa itu akan berlangsung bagi sesi yang telah berada dalam sistem PPSMI mulai 2010.

Menjawab soalan lain, katanya, transformasi pendidikan vokasional dalam pembangunan modal insan negara disifatkan sebagai sistem yang dinamik kerana menepati permintaan industri dan pasaran kerja di seluruh negara.

Kata beliau, menerusi program transformasi tersebut kerajaan melaksanakan program pendidikan asas vokasional (PAV) bagi tujuan melihat dan memahami hala tuju pelajar yang lebih cenderung ke aliran kemahiran.

“Sebenarnya, program ini lebih kepada tumpuan kita untuk melahirkan mereka yang mempunyai kemahiran, jadi tidak timbul isu keputusan UPSR mereka tidak cemerlang atau sebaliknya.

“Pelajar yang boleh menyertai program ini adalah lepasan UPSR,” kata beliau. (Utusan Malaysia Online 21/10/2011)

PIHAK SK TUANKU FATIMAH TELAH MERANCANG PERKHEMAHAN BERSEPADU 2011 YANG AKAN DIADAKAN PADA 14HB. OKTOBER, 2011 – 16HB. OKTOBER, 2011 BERTEMPAT DI KUALA LURAU CAMP CENTRE, JANDA BAIK. PARA PESERTA TERDIRI DARIPADA 50 ORANG IAITU 10 ORANG SEPASUKAN UNIT BERUNIFOM SEKOLAH.

DI ATAS PERMOHONAN PIHAK SEKOLAH, PIBG DI DALAM MESYUARAT AJK KEDUA PADA 11/10/2011 TELAH BERBESAR HATI MENYUMBANGKAN RM500.00 KEPADA PIHAK SEKOLAH BAGI MELANCARKAN LAGI PERLAKSANAAN PROJEK TERSEBUT, INSYAALLAH.

MOHON KERJASAMA SEMUA AJK UNTUK HADIR KE MESYUARAT AJK PIBG SKTF KALI KEDUA SESI 2011/12 YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 11HB. OKTOBER, 2011
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT: PKG, BENTONG (SKTF)

AGENDA MESYUARAT:

  1. UCAPAN PENGERUSI
  2. UCAPAN PENASIHAT
  3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
  4. PERKARA BERBANGKIT
  5. LAPORAN KEWANGAN
  6. HAL-HAL LAIN
  7. UCAPAN PENANGGUHAN