RUKUNEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DI KALANGAN SELURUH MASYARAKATNYA; MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK; MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL DI MANA KEMAKMURAN NEGARA AKAN DAPAT DINIKMATI BERSAMA SECARA ADIL DAN SAKSAMA; MENJAMIN SATU CARA YANG LIBERAL TERHADAP TRADISI-TRADISI KEBUDAYAANNYA YANG KAYA DAN BERBAGAI CORAK; MEMBINA SATU MASYARAKAT PROGRESIF YANG AKAN MENGGUNAKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN.

 

MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT:-

 

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN