SK TUANKU FATIMAH

SEJARAH SEK. KEB. TUANKU FATIMAH BENTONG

PENAKLUKAN JEPUN KE ATAS TANAH MELAYU TELAH MEMBANGKITKAN KESEDARAN KEPADA DATUK PENGHULU MUKIM KAMPUNG BARU SERTA BEBERAPA ORANG PENDUDUK UNTUK MEMBUKA SEBUAH SEKOLAH BAGI ANAK-ANAK MELAYU TERUTAMANYA BAGI KANAK-KANAK PEREMPUAN. KETIKA PEMERINTAHAN JEPUN, ORANG-ORANG MELAYU DIPAKSA BERSEKOLAH DAN MEMPELAJARI BAHASA JEPUN.

PADA TAHUN 1948, SETELAH TAMAT PERANG DUNIA KEDUA, ORANG-ORANG MELAYU BENTONG TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN INI DENGAN MENGGUNAKAN STOR BEKAS PENINGGALAN TENTERA JEPUN DAN TENTERA BRITISH UNTUK DIJADIKAN SEKOLAH. PADA AWALNYA SEKOLAH INI HANYA MENAWARKAN PENDIDIKAN KEPADA MURID-MURID PEREMPUAN DENGAN BILANGAN GURU YANG MENGAJAR HANYA LIMA ORANG TERMASUK  GURU BESAR. GURU BESAR YANG PERTAMA IALAH CIKGU AMINAH ROHANA BINTI MOHD LIKI.

PENDUDUK-PENDUDUK MUKIM BENTONG BERASA BANGGA DAN BERBESAR HATI APABILA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BESAR PAHANG, DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BESAR FATIMAH BINTI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR KADASALLAH SHAH TELAH MEMPERKENANKAN NAMA BAGINDA DIABADIKAN SEBAGAI NAMA SEKOLAH INI, SEKOLAH PEREMPUAN TUANKU FATIMAH. TENGKU AMPUAN FATIMAH IALAH BONDA SULTAN PAHANG KINI, SULTAN HJ. AHMAD SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RIAYATUDIN AL MUADZAM SHAH.

PADA 2HB. JANUARI, 1949 SEKOLAH INI TELAH MELAKAR SEJARAH PERTAMANYA DENGAN MAJLIS PERASMIAN OLEH YANG BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG DATO’ MAHMUD BIN MAT. BILANGAN MURID-MURID PADA KETIKA ITU IALAH SERAMAI 103 ORANG DARIPADA DARJAH SATU HINGGA LIMA. DARJAH SATU HINGGA TIGA DITEMPATKAN DI STOR PENIGGALAN TENTERA JEPUN MANAKALA DARJAH EMPAT DAN LIMA DITEMPATKAN DI STOR PENINGGALAN TENTERA BRITISH.

PADA 1HB. MEI, 1960 SEKOLAH PEREMPUAN TUANKU FATIMAH TELAH DITUKAR KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT TUANKU FATIMAH DAN MULA MENERIMA MURID LELAKI. PADA 15HB. JUN, 1962 SEKOLAH INI TELAH BERPINDAH KE BANGUNAN BARU YANG DIBINA OLEH JABATAN KERJA RAYA DI ATAS SEBIDANG TANAH BEKAS TAPAK PERKUBURAN KRISTIAN. BANGUNAN PERTAMA SEKOLAH INI MEMPUNYAI SATU BLOK BANGUNAN SAHAJA DAN TERLETAK 700 METER DARI BANGUNAN SEKOLAH ASAL.

PADA 21HB. SEPTEMBER, 1962 SEKOLAH INI SEKALI LAGI MENCATAT SEJARAH APABILA YANG BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG DATO’ ENGKU WAN AZIZ BIN ENGKU HJ. ABDULLAH SELAKU WAKIL KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN PAHANG MERASMIKAN BANGUNAN BARU SEKOLAH INI DENGAN NAMA SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU FATIMAH. GURU BESAR PADA KETIKA ITU IALAH CIKGU YUSUF BIN HJ. IBRAHIM. BILANGAN MURID JUGA TELAH MENINGKAT KEPADA 200 ORANG DENGAN MENGGUNAKAN BANGUNAN SATU BLOK SAHAJA. BERKAT USAHA GURU-GURU DAN SEMUA IBUBAPA, SEKOLAH INI MULA MENGUKIR NAMA DI KALANGAN MASYARAKAT SETEMPAT APABILA EMPAT MURID-MURID YANG DICALONKAN TELAH TERPILIH MEMASUKI SEKOLAH BERASRAMA PENUH IAITU DUA ORANG DI SEKOLAH MENENGAH TUN ABDUL RAZAK, TANJUNG MALIM, SEORANG DI SEKOLAH MENENGAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH DAN SEORANG LAGI DI SEKOLAH MENENGAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU.

PADA TAHUN 1973, SEBUAH LAGI BANGUNAN TAMBAHAN TELAH DIDIRIKAN DENGAN MENEMPATKAN DUA BILIK DARJAH, SATU BILIK GURU, PEJABAT DAN BILIK GURU BESAR. PADA TAHUN 1982, SEKOLAH INI TELAH DIPILIH OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG SEBAGAI SEKOLAH PERCUBAAN PERLAKSANAAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DI BANDAR BENTONG. BERIKUTAN PERTAMBAHAN MURID, PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU TELAH MEMBINA SEBUAH BANGUNAN KAYU UNTUK MENEMPATKAN MAKMAL SAINS, KANTIN, BILIK KEMAHIRAN HIDUP DAN KEDAI KOPERASI SEKOLAH.

KINI, SK TUANKU FATIMAH MEMPUNYAI TUJUH (7) BLOK BANGUNAN YANG TERDIRI DARIPADA SATU (1) BLOK PENTADBIRAN YANG MENEMPATKAN PEJABAT GURU BESAR, PEJABAT SEKOLAH, BILIK GURU DAN MAKMAL KOMPUTER. ENAM (6) BLOK LAGI MENEMPATKAN KELAS-KELAS, BILIK KAUNSERLING, KELAS PEMULIHAN, MAKMAL SAINS, KOPERASI SEKOLAH, KANTIN, SETOR SUKAN DAN TANDAS. DI SAMPING ITU, SEKOLAH INI JUGA MEMPUNYAI SEBUAH BANGUNAN SURAU, SEBUAH FOYER, TAMAN BURUNG, TAMAN HIJAU, TAMAN PERMAINAN KHUSUS UNTUK PELAJAR-PELAJAR PRA SEKOLAH DAN PADANG SEKOLAH UNTUK AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN. DI KAWASAN SEKOLAH INI JUGA TERLETAKNYA PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH BENTONG. SEKOLAH INI MENJALANKAN SESI PERSEKOLAHANNYA PADA SEBELAH PAGI SAHAJA.

PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH INI YANG SEJUMLAH 784 ORANG MERANGKUMI PELAJAR-PELAJAR PRA SEKOLAH, TAHUN 1 HINGGA 6. MEREKA INI DATANGNYA DARI PELBAGAI KAMPUNG DAN TAMAN-TAMAN PERUMAHAN DI SEKITAR BANDAR BENTONG SEPERTI KG. BARU, SG. MARONG, TAMAN BUKIT INDAH, KETARI, BENUS, CHAMANG, KG. KUALA REPAS, TAMAN DESA DAMAI DAN KAWASAN-KAWASAN LAIN.

SEMENJAK SK TUANKU FATIMAH MULA DIBUKA, GURU BESARNYA TELAH 17 KALI BERSILIH GANTI. DARIPADA SEBUAH SEKOLAH MELAYU YANG KURANG DIMINATI OLEH IBUBAPA UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK MEREKA BERSEKOLAH, SK TUANKU FATIMAH KINI TELAH BERJAYA MUNCUL SEBAGAI SEBUAH SEKOLAH PILIHAN DI DAERAH BENTONG. DENGAN KEPIMPINAN GURU BESAR SEKARANG, TUAN HAJI ABDUL AZIZ BIN HJ. ABDUL RAHMAN, AMN, DAN GURU-GURU YANG BERSATU HATI SERTA SENTIASA BERUSAHA MENCAPAI MATLAMAT DAN WADAH PENDIDIKAN SEKOLAH IAITU SKTF WADAH PENYELAMAT UMAT, TELAH MENGHASILKAN KECEMERLANGANNYA MENCAKUPI ASPEK KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SERTA TELAH DIAKUI DAN DIIKTIRAF MASYARAKAT DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI TERHADAP KUALITI YANG DIMILIKI OLEH SEKOLAH INI. TIDAK HAIRANLAH SEKOLAH INI KINI MENJADI PILIHAN UTAMA PARA IBUBAPA UNTUK MENDAFTAR ANAK-ANAK MEREKA DI SEKOLAH INI TERMASUK DARIPADA KALANGAN BUKAN MELAYU. IBUBAPA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH INI TERDIRI DARIPADA MEREKA YANG BEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN, SWASTA, AHLI PERNIAGAAN DAN BEKERJA SENDIRI. KOMUNITI DI PERSEKITARAN SEKOLAH TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MELAYU KERANA IA TERLETAK DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN KHUSUS UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA. TERDAPAT BEBERAPA PEJABAT AGENSI KERAJAAN BERHAMPIRAN DENGAN SEKOLAH SEPERTI JABATAN BEKALAN AIR, RISDA, PENERANGAN, KASTAM, JKR, PEJABAT KADI DAN MAHKAMAH SYARIAH, PERKIM DAN PERPUSTAKAAN.

BANGUNAN ASAL

BANGUNAN ASAL

PELAJAR TERAWAL

PELAJAR-PELAJAR TERAWAL

GURU-GURU TERAWAL

GURU-GURU TERAWAL

LAKARAN ARTIS

LAKARAN ARTIS

BLOK PENTADBIRAN

BLOK PENTADBIRAN

BLOK PENTADBIRAN, BILIK GURU & DATARAN PERHIMPUNAN

BLOK PENTADBIRAN, BILIK GURU & DATARAN PERHIMPUNAN

PINTU PAGAR UTAMA

PINTU PAGAR UTAMA

BLOK KELAS

BLOK KELAS

ANTI DADAH

ANTI DADAH

GALERI PAHLAWAN

GALERI PAHLAWAN

BANGUNAN SURAU

BANGUNAN SURAU

PADANG SEKOLAH

PADANG SEKOLAH

FALSAFAH SK TUANKU FATIMAH

PENDIDIKAN DI SEKOLAH INI ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU DAN KEMAHIRAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI ASPEK INTELEK, ROHANI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPADA KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL DENGAN AJARAN ISLAM; BERKETRAMPILAN DAN BERKEMAHIRAN; BERAKHLAK MULIA; BERDISIPLIN; BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA BAGI MENCAPAI KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT.

VISI SK TUANKU FATIMAH

SKTF MERUPAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG CEMERLANG DAN BERKESAN SERTA DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T. SEMUA ANAK DIDIKNYA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM, MEMPUNYAI SAHSIAH YANG TERPUJI, BERDISIPLIN, BERKETRAMPILAN DALAM BIDANG IT, MENGAMAL DAN MENGHAYATI AJARAN ISLAM, MENGAMALKAN BUDAYA ILMU DAN BUDAYA IT DALAM KEGIATAN HARIAN. SKTF MERUPAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, CERIA DAN BERSIH SERTA SELAMAT DARI ASPEK FIZIKAL DAN PERSEKITARANNYA. PENGURUSAN DAN PENTADBIRANNYA DILAKSANAKAN DENGAN CEMERLANG DAN BERKESAN, PENUH DENGAN TANGGUNGJAWAB; MENGUTAMAKAN KEHENDAK PELANGGAN; MENGAMALKAN PENDEKATAN SECARA KALOBORATIF DAN PARTISIPATIF DAN PERKHIDMATAN PENYAYANG SERTA ETIKA KERJA ISLAM.

MISI SK TUANKU FATIMAH

SEMUA WARGA SKTF BERUSAHA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN SKTF SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI DAN BERKESAN SERTA DIREDHAI ALLAH; MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL DENGAN AJARAN ISLAM; BERKETRAMPILAN DAN BERKEMAHIRAN DALAM BIDANG AKADEMIK DAN IT; BERSAHSIAH TERPUJI, BERDISIPLIN, SERTA CEMERLANG DALAM BIDANG KOKURIKULUM. GURU-GURU MEMBERI PENDIDIKAN SECARA PROFESIONAL DENGAN MENGAMALKAN PEDAGOGI BERKESAN DAN BERTEKNOLOGI TERKINI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEHARIAN. MEWUJUDKAN SUASANA (IKLIM) SEKOLAH YANG KONDUSIF, CERIA, BERSIH SERTA SELAMAT. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DILAKSANAKAN DENGAN CEMERLANG DAN BERKESAN YANG MENGAMALKAN BUDAYA PENYAYANG, BUDAYA IT, SERTA MENGGUNAKAN PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH.

LENCANA SEKOLAH

LENCANA SKTF

MOTTO

ALWAYS NO. 1

LAGU SEKOLAH


SETIA JAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU FATIMAH

SEKOLAH YANG TERNAMA

KAMI BERDOA DAN BERIKRAR

PATUH MENJAGA NAMA BAIKNYA

KAMI ANAK KANDUNGNYA

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

DENGAN SEGALA TENAGA

TIDAK AKAN PUTUS ASA

SEKOLAH KU TERUS BERBAKTI

PADA IBU BAPA AKAN KU PATUHI

PADA GURU AKAN KU TAATI

SEMOGA KAMI TERUS BERBUDI