HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Posted: 18 November 2011 in Aktiviti Sekolah, Berita, Guru-guru, Penghargaan, PIBG

This slideshow requires JavaScript.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011:

17HB NOVEMBER, 2011 – TELAH BERLANGSUNG HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TUANKU FATIMAH 2011 BERMULA PADA PUKUL 2.30 PETANG.

MAJLIS SEPATUTNYA DIRASMIKAN OLEH YH DATO’ SYED MOHD NOR BIN SYED JAAFAR, DIMP, YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN BENTONG. NAMUN BEGITU DI ATAS SEBAB-SEBAB TUGAS MAKA BELIAU TELAH MEWAKILKAN KEPADA EN. MOHD AFFANDI BIN RAZALI, PEGAWAI PERANCANG BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN BENTONG UNTUK MERASMIKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TERSEBUT.

TURUT HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS IALAH HANIMUDDIN ABD HAMID, YANG DIPERTUA, PIBG DAN TN. HJ. ZOHDI BIN ISHAK, PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BENTONG SELAKU WAKIL PEGAWAI PELAJARAN DAERAH.

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BACAAN DOA OLEH USTAZ RASHID BIN SETAR. SETERUSNYA UCAPAN ALU-ALUAN OLEH GURU BESAR DAN DISUSULI PULA UCAPAN OLEH YDP PIBG. KEMUDIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN PERASMIAN OLEH EN. MOHD AFFANDI BIN RAZALI.

SELESAI SAHAJA UCAPAN PERASMIAN, MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SERTA SIJIL-SIJIL PENGHARGAAN  DIMULAKAN. ANUGERAH KECEMERLANGAN IALAH UNTUK KEDUDUKAN 1,2,3 DALAM KELAS, SUBJEK TERBAIK DAN KEDATANGAN PENUH. ANUGERAH-ANUGERAH LAIN IALAH UNTUK KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SEKOLAH, ANUGERAH MURID MITHALI SERTA ANUGERAH TOKOH MURID.

PIHAK PIBG MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH. TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG TELAH MENGANJURKAN MAJLIS TERSEBUT SERTA PENGHARGAAN KEPADA IBU BAPA PENJAGA PELAJAR-PELAJAR, AJK SERTA AHLI-AHLI PIBG YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DI DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s