MESYUARAT AGONG PIBG SKTF KALI KE 33 TAHUN 2011

Posted: 31 March 2011 in PIBG, PIBG - MESYUARAT AGUNG

MESYUARAT AGONG PIBG SKTF BAGI KALI KE 33 UNTUK SESI 2011/12 TELAH DIADAKAN PADA 26/3/2011 PADA PUKUL 9.00 PAGI BERTEMPAT DI PENTAS PERKASA, SK TUANKU FATIMAH.

Pihak PIBG telah menjemput YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bentong untuk majlis Perasmian Mesyuarat Agung tersebut. Namun begitu, di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau telah tidak dapat hadir dan telah menghantar Pegawai Khasnya iaitu En. Kuan Khek Neng sebagai wakil untuk merasmikan mesyuarat agong PIBG pada kali ini.

Aturcara dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diikuti dengan ucapan Guru Besar SKTF, Tuan Hj. Abd. Rahman Bin Abd. Aziz, AMP. Tuan Guru Besar di dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat, para ibu bapa dan guru-guru ahli PIBG serta telah memaklumkan tentang perkembangan persekolahan untuk tempoh setahun yang lalu.

Majlis diteruskan pula dengan ucapan Yang Di Pertuan PIBG, En. Hanimuddin Bin Abd Hamid. Beliau mengucapkan syukur serta terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah, pelajar-pelajar serta para ibu bapa di atas pencapaian cemerlang sekolah di dalam UPSR 2010 serta beberapa kegiatan kokurikulum di peringkat daerah. Beliau juga menyeru agar semua ahli-ahli PIBG bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan pihak sekolah bagi menyokong pihak sekolah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Wakil YB pula di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah berusaha keras dalam memastikan pencapaian yang membanggakan di dalam pendidikan pelajar-pelajar terutamanya pencapaian UPSR 2010. Beliau juga berharap agar kerjasama ibubapa dan guru-guru dipereratkan lagi demi kemajuan pendidikan murid-murid.

Seterusnya telah diadakan majlis penyampaian sijil-sijil dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SKTF sesi 2010/11. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG SKTF sesi 2010/11 yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKTF Kali Ke 33 tersebut.

Majlis perasmian berakhir pada pukul 10.00 pagi. Semua tetamu berehat sambil menikmati minum/makan pagi.


MESYUARAT AGUNG
:

Mesyuarat Agung telah dimulakan pada pukul 10.40 pagi di Pentas Perkasa SKTF. Kehadiran ahli-ahli semasa mesyuarat dimulakan memenuhi kourum mesyuarat agung seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan PIBG.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan agenda pertama iaitu ucapan Yang Dipertua PIBG. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 32 pada tahun 2010, Laporan Tahunan Sesi 2010/2011 dan pembentangan dan penerimaan Laporan Kewangan. Kesemua agenda tersebut telah dibentangkan dan disahkan.

Agenda seterusnya ialah melantik AJK PIBG bagi sesi 2011/2012. Semua ahli yang hadir sebulat suara menyokong  perlantikan semula dan mengekalkan Yang Dipertua, En. Hanimuddin Abd Hamid. Selepas pemilihan dan pengundian diadakan, maka berikut adalah senarai AJK PIBG SKTF yang baru bagi sesi 2011/2012:-

Yang Dipertua: En. Hanimuddin Bin Abd. Hamid

Naib Yang Dipertua: Ustaz Sayujan Bin Abd Majid

Setiausaha: En. Abd. Rashid Bin Setar

Naib Setiausaha: En. Mohd. Syahmi Bin Zulkifli

Bendahari: Puan Siti Norbaya Bt. Salleh

Naib Bendahari: Puan Norishah Bt. Jaafar

AJK: En. Roslan Bin Shafie

En. Zulkornain Bin Nayan

En. Shahrum Bin Md. Saud

En. Nik Md. Atfan Bin Nik Md. Nor

En. Muhamad Bin Ab. Rahman

Pn. Azizah Bt. Ahmad

Pn. Fadilah Bt Kamarudin

Pn. Radziah Bt. Abdul Rashid

Pn. Leni Bt. Rashid (Guru)

Pn. Tui Soke Lan (Guru)

Juru Audit: En. Mohd. Ariffin Bin Yaakob

Pn. Nor Zarida Bt. Abu Bakar

Bagi jawatan setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari dan dua (2) orang AJK dilantik daripada kalangan guru-guru SKTF. Penasihat PIBG ialah Tuan Guru Besar.

YDP PIBG bagi pihak PIBG SKTF mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan kepercayaan kepada AJK yang baru dilantik ini untuk memikul amanah bekerjasama dengan pihak sekolah ke arah kecemerlangan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s