HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Posted: 15 November 2010 in Aktiviti Sekolah

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TUANKU FATIMAH 2010 TELAH DIADAKAN PADA 15/11/2010 PADA PUKUL 2.30 PETANG BERTEMPAT DI PENTAS PERKASA SK TUANKU FATIMAH, BENTONG.

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI PAHANG YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH PASUKAN KOIR SEKOLAH. IA KEMUDIANNYA TELAH DIIKUTI DENGAN BACAAN DOA SELAMAT OLEH USTAZ ABDUL RASHID BIN SETAR.

ATURCARA DITERUSKAN DENGAN UCAPAN TUAN GURU BESAR, TN. HJ. ABD. RAHMAN BIN ABD AZIZ, AMP DAN UCAPAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG SK TUANKU FATIMAH, EN. HANIMUDDIN ABD HAMID.

UCAPAN PERASMIAN SERTA PERASMIAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BENTONG, TN. HJ. MISNAN BIN MOHD DAMIN, AMP.

MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN ANUGERAH-ANUGERAH CEMERLANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR, KEDATANGAN PENUH, SIJIL-SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS, PENGAWAS SEKOLAH SERTA PENGAWAS PSS, KELAS TERBERSIH DAN KECEMERLANGAN UPSR 5A 2010.

BAGI PERTAMA KALINYA TAHUN INI, ANUGERAH TUANKU AMPUAN FATIMAH TELAH DIWUJUDKAN. ANUGERAH INI ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR DI SEPANJANG TAHUN 2010. BAGI TAHUN INI, ANUGERAH INI TELAH DIMENANGI OLEH MUHAMMAD IMRAN BIN MUHD NIZAM (3 ADNIN), AZIERA BT MUHAMMAD ISHAK (2 ADNIN), MUHAMMAD AMIERUL ASYRAF BIN AZMAN (6 FIRDAUS) DAN NUR SYAFIQAH BT MIHAMMAD ASRI (6 ADNIN).

BAGI ANUGERAH TOKOH MURID 2010 PULA, BIDANG AKADEMIK TELAH DIANUGERAHKAN KEPADA AIZAT MUHAMMAD BIN REZA (6 ADNIN) MANAKALA BIDANG KO KURIKULUM PULA TELAH DIMENANGI OLEH MOHD SAFWAN BIN MOHD SHAFFRI (6 NAIM).

PIHAK PIBG MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG DI ATAS PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA. SEMOGA IA AKAN MENJADI MOTIVASI KUAT UNTUK MENEMPA KEJAYAAN DI TAHUN HADAPAN. KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG KURANG CEMERLANG, TINGKATKAN USAHA ANDA. PIBG JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BENTONG YANG TELAH SUDI HADIR SERTA MERASMIKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TUANKU FATIMAH 2010. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS INI DENGAN JAYANYA. TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA PENJAGA SERTA AHLI PIBG YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS INI.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s