KEPUTUSAN UPSR 2010

Posted: 11 November 2010 in Aktiviti Sekolah, Berita, Penghargaan, UPSR 2010

TEPAT PADA PUKUL 10.15 PAGI INI, TUAN GURU BESAR SK TUANKU FATIMAH, TUAN HJ ABD RAHMAN BIN HJ ABD AZIZ, BERTEMPAT DI PENTAS PERKASA SK TUANKU FATIMAH, DI HADAPAN SEMUA CALON-CALON UPSR SK TUANKU FATIMAH 2010, MURID-MURID SEKOLAH, GURU-GURU SERTA IBU BAPA YANG HADIR, TURUT HADIR YDP PIBG SK TUANKU FATIMAH, EN. HANIMUDDIN ABD HAMID, TELAH MENGUMUMKAN KEPUTUSAN PENUH UPSR 2010 BAGI SK TUANKU FATIMAH.

ALHAMDULILLAH, SEPERTI YANG TELAH DIJANGKAKAN, PERATUSAN LULUS TELAH MENINGKAT KEPADA 90.1% IAITU PERATUSAN TERTINGGI DI DALAM SEJARAH SEKOLAH INI. GRED PURATA SEKOLAH JUGA TELAH DICAPAI YANG TERTINGGI DI DALAM SEJARAH SEKOLAH DAN JUGA DI DAERAH BENTONG DENGAN JUMLAH 1.65%. SK TUANKU FATIMAH KEKAL TERBAIK DI DAERAH BENTONG MALAH TELAH SEMAKIN MENINGKAT.

UNTUK PERTAMA KALINYA JUGA, KELULUSAN 100% TELAH DIPEROLEHI DI DALAM SUBJEK SAINS. BAHASA MALAYSIA PENULISAN JUGA MEMPEROLEHI KELULUSAN 100% MANAKALA SUBJEK-SUBJEK BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN, BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK MEMPEROLEHI LEBIH 90% KELULUSAN.

SERAMAI 22 ORANG PELAJAR TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN 5A MANAKALA 25 PELAJAR TELAH MENDAPAT 4A DARIPADA KESELURUHAN CALON IAITU 123 ORANG.

PIHAK PIBG MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMUA CALON-CALON UPSR 2010 DI ATAS KEJAYAAN MASING-MASING, KEPADA GURU BESAR, GURU-GURU UPSR, SERTA IBU BAPA YANG TELAH BEKERJA KERAS BERSAMA-SAMA BERUSAHA MERAIH KECEMERLANGAN INI. SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN MENJADI BATU LONCATAN KE ARAH KECEMERLANGAN YANG LEBIH TINGGI DI TAHUN HADAPAN.




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s