MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2010

Posted: 20 September 2010 in Aktiviti Sekolah, Berita, UPSR 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2010:

SATU MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA KHUSUS UNTUK PELAJAR-PELAJAR YANG BAKAL MENDUDUKI UPSR 2010 TELAH DIADAKAN PADA 17 SEPTEMBER, 2010 BERTEMPAT DI MASJID BANDAR BENTONG.

TUJUAN MAJLIS TERSEBUT DIADAKAN ADALAH UNTUK MENINGKATKAN KEKUATAN ROHANI PELAJAR-PELAJAR SUPAYA LEBIH BERMOTIVASI DAN BERUPAYA MENGHASILKAN PRESTASI YANG CEMERLANG DI DALAM UPSR 2010 INI.

MAJLIS PADA KALI INI DIPIMPIN OLEH USTAZ MUSTAPHA FAIDZUL. MAJLIS DIHADIRI OLEH SEMUA PELAJAR-PELAJAR UPSR SK TUANKU FATIMAH 2010, GURU BESAR, GURU-GURU SEKOLAH SERTA IBU BAPA PENJAGA PELAJAR-PELAJAR TERBABIT. TURUT HADIR ADALAH YANG DIPERTUA PIBG SK TUANKU FATIMAH DAN BEBERAPA AJK.

MAJLIS BERMULA DENGAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH. KEMUDIAN IA DIIKUTI DENGAN SOLAT HAJAT, BACAAN SURAH YASSIN DAN SETERUSNYA SOLAT ISYAK. MAJLIS DIAKHIRI DENGAN JAMUAN MAKAN MALAM.

PIHAK PIBG MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG SEKALI LAGI TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS INI DAN SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERKATI SEGALA USAHA YANG KITA DAN ANAK-ANAK KITA LAKUKAN. SEMOGA PELAJAR-PELAJAR INI DIBERKATI DAN BERJAYA DI DALAM UPSR KALI INI, INSYAALLAH. TERIMA KASIH JUGA KEPADA PIHAK MASJID DAERAH BENTONG YANG TELAH MEMBERIKAN LALUAN UNTUK MAJLIS TERSEBUT DIADAKAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s