MESYUARAT AGUNG PIBG SKTF KALI KE 32 SESI 2010/11

Posted: 19 April 2010 in Aktiviti Sekolah, Berita, PIBG, PIBG - MESYUARAT AGUNG

MAJLIS PERASMIAN:

PIBG SKTF telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 32 pada 17/4/2010 jam 9.00 pagi di Pentas Perkasa SK Tuanku Fatimah. Perasmian Mesyuarat Agung tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Ng Keong Chye, DIMP., SMP., ADUN Ketari, Pahang.

Aturcara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rashid Bin Setar. Kemudian diikuti dengan ucapan Guru Besar SKTF, Tuan Hj. Abd. Rahman Bin Abd. Aziz, AMP. Tuan Guru Besar di dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan YB Dato’, para ibu bapa dan guru-guru ahli PIBG.

Majlis diteruskan pula dengan ucapan Yang Di Pertuan PIBG, En. Hanimuddin Bin Abd Hamid. Beliau mengucapkan syukur serta terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah, pelajar-pelajar serta para ibu bapa di atas pencapaian cemerlang sekolah di dalam UPSR 2009. Beliau juga menyeru agar semua ahli-ahli PIBG bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan pihak sekolah bagi menyokong pihak sekolah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

YB Dato’ pula di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah berusaha keras dalam memastikan pencapaian yang membanggakan di dalam pendidikan pelajar-pelajar terutamanya pencapaian UPSR 2009 di mana 25 pelajar telah memperolehi 5A. YB Dato’ juga berharap agar kerjasama ibubapa dan guru-guru dipereratkan lagi demi kemajuan pendidikan murid-murid. Pihak YB Dato’ juga telah bermurah hati memperuntukkan sejumlah RM2,000.00 untuk membantu PIBG di dalam menjalankan tugas-tugas dan fungsi-fungsinya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ di atas sumbangan tersebut serta kesudian memenuhi jemputan pihak PIBG untuk merasmikan Menyuarat Agung pada kali ini.

Seterusnya telah diadakan majlis penyampaian sijil-sijil dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SKTF sesi 2009/10. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG SKTF sesi 2009/10 yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKTF Kali Ke 31 tersebut.

Majlis perasmian berakhir pada pukul 9.50 pagi. Semua tetamu berehat sambil menikmati minum/makan pagi.

MESYUARAT AGUNG:

Mesyuarat Agung telah dimulakan pada pukul 10.15 pagi di Pentas Perkasa SKTF. Kehadiran ahli-ahli semasa mesyuarat dimulakan memenuhi kourum mesyuarat agung seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan PIBG.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan agenda pertama iaitu ucapan Yang Dipertua PIBG. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 31 pada tahun 2009, Laporan Tahunan Sesi 2009/2010 dan pembentangan dan penerimaan Laporan Kewangan. Kesemua agenda tersebut telah dibentangkan dan disahkan.

Agenda seterusnya ialah melantik AJK PIBG bagi sesi 2010/2011. Terdapat cadangan dan sokongan daripada ahli-ahli agar Yang Dipertua, En. Hanimuddin Abd Hamid dikekalkan. Semua ahli yang hadir sebulat suara menyokong  perlantikan semula tersebut. Selepas pemilihan dan pengundian diadakan, maka berikut adalah senarai AJK PIBG SKTF yang baru bagi sesi 2010/2011:-

Yang Dipertua: En. Hanimuddin Bin Abd. Hamid

Naib Yang Dipertua: En. Zulkornain Bin Nayan

AJK: En. Roslan Bin Shafie

Ustaz Sayujan Bin Abd Majid

En. Yusli Bin Ahmad

En. Mohd Sa’adon Bin Mohd Salim

En. Wazirudin

Pn. Rosni Bt Mat

Pn. Fadilah Bt Kamarudin

Pn. Puteri Razlinda Bt Megat Abdul Razak

Juru Audit: En. Ridhwan

En. Abdul Malik

Bagi jawatan setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari dan dua (2) orang AJK dilantik daripada kalangan guru-guru SKTF. Penasihat PIBG ialah Tuan Guru Besar.

YDP PIBG bagi pihak PIBG SKTF mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan kepercayaan kepada AJK yang baru dilantik ini untuk memikul amanah bekerjasama dengan pihak sekolah ke arah kecemerlangan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s