KONVENSYEN PIBG KEBANGSAAN 2010

Posted: 7 April 2010 in PIBG

KONVENSYEN PIBG KEBANGSAAN 2010 ANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TELAH DIADAKAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM BERMULA DARIPADA 26/3/2010 HINGGA 28/3/2010 BERTEMPAT DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS, PAHANG. YDP PIBG SK TUANKU FATIMAH, EN. HANIMUDDIN ABD HAMID ADALAH DI ANTARA LIMA ORANG YDP PIBG SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BENTONG YANG TELAH TERPILIH DAN HADIR SELAKU DELEGASI NEGERI PAHANG KE KONVENSYEN TERSEBUT.

KONVENSYEN YANG BERTEMAKAN PIBG PENERAJU MASYARAKAT MADANI DIADAKAN BAGI MENCAPAI OBJEKTIF-OBJEKTIF BERIKUT:

  • MEWUJUDKAN SUATU FORUM BAGI MENYELARASKAN KEBAJIKAN DAN KEMAJUAN MURID-MURID DALAM MENINGKATKAN IMEJ SEKOLAH;
  • MEMPERBAHARUI KOMITMEN DAN DEDIKASI WARGA PIBG KE ARAH PENINGKATAN KEPADA KONSEP PERUNDINGAN ANTARA SATU SAMA LAIN BERKAITAN DENGAN CARA MEMPERBAIKI TARAF PENDIDIKAN ANAK-ANAK SECARA AM;
  • MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN, KERJA BERPASUKAN, KEHARMONIAN KERJA DAN SAYANGKAN ORGANISASI DALAM KALANGAN WARGA PIBG;
  • MEMPERKASA DAN MENJENAMAKAN SEMULA PIBG SEBAGAI AGEN KEPADA PEMBANGUNAN PRASARANA PERSEKOLAHAN, PENINGKATAN MUTU PELAJARAN, PERHUBUNGAN INTERPERSONAL ANTARA PIBG DAN MASYARAKAT DENGAN MEMFOKUSKAN KEPADA KONSEP 1 MALAYSIA; DAN
  • PIBG MENJADI WADAH DAN WAHANA PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADANI DI MALAYSIA.

TERDAPAT ENAM KERTAS KERJA YANG TELAH DIBENTANGKAN DI KONVENSYEN TERSEBUT IAITU TRANSFORMASI PENDIDIKAN (KURIKULUM), TRANSFORMASI PENDIDIKAN (PENTAKSIRAN), NKRA – PEREKAYASAAN PENDIDIKAN, PIBG, SEKOLAH, GURU DAN MASYARAKAT SEPERTI AUR DENGAN TEBING, AKTIVITI MEMPROMOSIKAN KESIHATAN KE SEKOLAH SERTA PERPADUAN DAN KETAHANAN NASIONAL KE ARAH GAGASAN 1 MALAYSIA. KLIK UNTUK LIHAT DAN DOWNLOAD KERTAS KERJA TERSEBUT.

DI SAMPING ITU, MAJLIS DIALOG JUGA TELAH DIADAKAN DENGAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN JUGA DENGAN MENTERI PELAJARAN SENDIRI.

SEMOGA MAKLUM BALAS YANG DITERIMA OLEH KEDUA-DUA PIHAK DI KONVENSYEN INI AKAN DAPAT MENINGKATKAN LAGI KEBERKESANAN PIBG DI SETIAP SEKOLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s