SUKAN TAHUNAN SKTF (SUKFA) 2010

Posted: 11 February 2010 in Aktiviti Sekolah

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SKTF 2010 TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN MERIAH PADA HARI INI 11/2/2010 BERTEMPAT DI PADANG SKTF BERMULA PADA PUKUL 8.30 PAGI SEHINGGA 12.30 TENGAHARI. ALHAMDULILLAH, CUACA YANG SEJUK DAN REDUP MENAMBAHKAN LAGI KELANCARAN DAN KECERIAAN TEMASYA TERSEBUT.

KEMERIAHAN SUKAN PADA KALI INI BERTAMBAH-TAMBAH DENGAN KEHADIRAN PEGAWAI DAERAH BENTONG, YH DATO’ TOANTOWEE BIN MOHD LOTFI, DIMP., SEKALI GUS MERASMIKAN SUKAN TAHUNAN INI. TURUT HADIR IALAH YDP PIBG EN. HANIMUDDIN ABD HAMID, NAIB YDP EN. ZAMANI BIN OMAR, AJK PIBG, TETAMU JEMPUTAN SERTA IBU BAPA PENJAGA.

ACARA DIMULAKAN DENGAN PERBARISAN LINTAS HORMAT KONTINGEN PESERTA, BACAAN DOA, UCAPAN ALUAN OLEH TUAN GURU BESAR DAN SETERUSNYA UCAPAN PERASMIAN OLEH YH DATO’.

PERBARISAN LINTAS HORMAT

UCAPAN PERASMIAN OLEH YH DATO' TOANTOWEE B. MOHD LOTFI, DIMP

DI ANTARA ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN IALAH LARI 60 METER, 80 METER, 100 METER, 8 X 50 METER, 4 X 100 METER, 4 X 100 METER JEMPUTAN, 30 METER PRA SEKOLAH SERTA ACARA-ACARA IBU BAPA DAN STAFF SKTF.

PIHAK PIBG SKTF MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA YH DATO’ TOANTOWEE BIN MOHD LOTFI, DIMP., YANG TELAH SUDI HADIR DAN MERASMIKAN TEMASYA SUKAN PADA TAHUN INI. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH, GURU-GURU SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MENJAYAKAN ACARA SUKAN TAHUNAN TERSEBUT. TIDAK LUPA JUGA KEPADA IBU BAPA PENJAGA YANG TELAH HADIR DAN MENYUMBANG UNTUK MENJAYAKAN ACARA INI. KEPADA PARA PENDERMA DAN PENAJA, BUDI ANDA DISANJUNG.

KLIK GALERI SUKAN 2010 UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR HARI SUKAN TERSEBUT. KEPADA GURU-GURU YANG ADA MENGAMBIL GAMBAR DAN INGIN GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT DIMASUKKAN KE DALAM GALERI SUKAN 2010, SILA EMAIL ALBUM GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT KEPADA hanimuddin.zai@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s