HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Posted: 24 November 2009 in Aktiviti Sekolah

SELAMAT DATANG

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009 SK TUANKU FATIMAH TELAH DILANGSUNGKAN DENGAN JAYANYA SEPERTI YANG TELAH DIJADUALKAN IAITU PADA 19/11/2009.

IBU BAPA SERTA PENJAGA TELAH MULA HADIR DAN MEMENUHI TEMPAT DUDUK DI HADAPAN PENTAS PERKASA SK TUANKU FATIMAH SEAWAL PUKUL 2.30 PETANG.

TEPAT PADA PUKUL 2.45 PETANG, KETIBAAN YANG BERBAHAGIA YDP PIBG SKTF, ENCIK HANIMUDDIN BIN ABD HAMID SELAKU PERASMI HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009. KEHADIRAN BELIAU JUGA TURUT DIIRINGI OLEH ENCIK ZAMANI BIN OMAR, NAIB YDP PIBG SKTF.

TETAMU KEHORMAT

TETAMU-TETAMU KEHORMAT

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN PERSEMBAHAN KOIR PUTERI FIRDAUS SEBAGAI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TETAMU-TETAMU KEHORMAT. INI DIIKUTI DENGAN BACAAN DOA.

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN ALU-ALUAN OLEH GURU BESAR, TUAN HJ ABD RAHMAN BIN ABD AZIZ. DI DALAM UCAPANNYA, GURU BESAR TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA PARA HADIRIN BERKENAAN DENGAN KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR DI DALAM UPSR 2009 YANG TELAH DIUMUMKAN PADA SEBELAH PAGINYA. BELIAU JUGA TELAH MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PELAJAR, GURU-GURU SERTA IBU BAPA YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYUMBANG KE ARAH KECEMERLANGAN TERSEBUT.

UCAPAN ALU-ALUAN

SETERUSNYA GILIRAN YDP PIBG, ENCIK HANIMUDDIN ABD HAMID MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIANNYA. DI DALAM UCAPANNYA, BELIAU BAGI PIHAK PIBG MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG, PIHAK SEKOLAH DAN GURU-GURU YANG TELAH MENYUSUN STRATEGI DI DALAM MERENCANAKAN KECEMERLANGAN TERSEBUT SERTA KEPADA IBU BAPA PENJAGA YANG TELAH MEMBERIKAN SEGALA KERJASAMA YANG DIPERLUKAN OLEH PIHAK SEKOLAH. YDP PIBG JUGA MENYERU KEPADA SEMUA IBU BAPA PENJAGA AGAR DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KERJASAMA DENGAN PIHAK SEKOLAH DI TAHUN-TAHUN HADAPAN SUPAYA KECEMERLANGAN INI DAPAT DITERUSKAN DAN DIPERTINGKATKAN LAGI.

UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DIMULAKAN DENGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KEDATANGAN PENUH DAN DIIKUTI DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL-SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS, PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS, KELAS TERBERSIH, TOKOH MURID SERTA ANUGERAH KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR UPSR 2009 YANG TELAH MEMPEROLEHI 5A.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH

HADIRIN JUGA TELAH DIHIBURKAN OLEH PERSEMBAHAN PELAJAR-PELAJAR SKTF DALAM TARI TUALANG TIGA DAN PERSEMBAHAN NASYID OLEH KUMPULAN WARIQIS SALAM. MAJLIS DIAKHIRI DENGAN SEDIKIT JAMUAN RINGAN.

TARIAN TUALANG TIGA

NASYID WARIQIS SALAM

NASYID WARIQIS SALAM

PIHAK PIBG SK TUANKU FATIMAH MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MENERIMA ANUGERAH. KEPADA YANG KURANG CEMERLANG, USAHA DENGAN LEBIH GIGIH LAGI DI TAHUN-TAHUN HADAPAN. TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH DAN SEMUA GURU-GURU YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN MAJLIS INI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s