RANGKUMAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009

Posted: 27 September 2009 in CEMERLANG UPSR 2009, UPSR 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: KLINIK UPSR 2009 (FASA 2) PERINGKAT DAERAH BENTONG ANJURAN UNIT PENDIDIKAN BERITA HARIAN (AKHBAR DIDIK) AKAN DIADAKAN PADA 1 HINGGA 2 OGOS, 2009 BERTEMPAT DI DEWAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TENGKU AMPUAN AFZAN, BENTONG. KLIK INFO.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: PROGRAM DAPAT SKOR SEMUA A (DaSSA) UPSR 2009 DIADAKAN PADA 26, 27 & 28 JUN, 2009 DI SMK SERI BENTONG. SERAMAI 35 ORANG PELAJAR TAHUN 6 SKTF TELAH TERPILIH MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN SURAH YASIN KALI KE 5 BERSAMA-SAMA SEMUA PELAJAR TAHUN 6, GURU-GURU DAN PARA IBU BAPA DIADAKAN PADA 25/6/2009. PROGRAM DIADAKAN DI SURAU SEKOLAH BERMULA DARIPADA SOLAT MAGHRIB, SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN, TAHLIL DAN SOLAT ISYAK. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN MAJLIS INI.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TELAH DIADAKAN PADA 1/6/2009 HINGGA 4/6/2009 BERMULA DARIPADA PUKUL 8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI BERTEMPAT DI SKTF. IA DIKENDALIKAN OLEH GURU-GURU YANG MAHIR YANG DIJEMPUT KHAS DARIPADA BEBERAPA SEKOLAH DI SEKITAR BENTONG TERMASUK GURU-GURU SKTF.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: KEM SKOR CEMERLANG UPSR 2009 SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN KELOMPOK 1 DAERAH BENTONG DIADAKAN PADA 22-24 MEI, 2009 BERTEMPAT DI AIR TENANG RESORT, JANDA BAIK. SERAMAI 37 PELAJAR TAHUN 6 SKTF TELAH DIPILIH UNTUK MENYERTAI KEM INI. DI ANTARA MODUL-MODUL YANG DIJALANKAN IALAH SOLAT BERJAMAAH DAN TAZKIRAH MANAKALA AKTIVITI MORAL BAGI PELAJAR-PELAJAR BUKAN ISLAM, CERAMAH MOTIVASI DAN SEMINAR. HARAPAN KITA SEMOGA KEM-KEM YANG DIANJURKAN SEPERTI INI DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KEMAHIRAN DAN KEYAKINAN PELAJAR-PELAJAR DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU-GURU, PENCERAMAH-PENCERAMAH DAN MEREKA YANG TERLIBAT DI DALAM MENJAYAKAN KEM INI.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN SURAH YASIN BULAN MEI TELAH DIADAKAN DI SURAU SKTF PADA 21/5/2009. MAJLIS PADA MALAM TERSEBUT TELAH DISERTAI OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6, GURU-GURU DAN BEBERAPA ORANG IBU BAPA. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH, SOLAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN BERAMAI-RAMAI DAN SOLAT ISYAK. MAJLIS TERSEBUT TELAH DIPIMPIN OLEH USTAZ ABDUL RASHID. JAMUAN MAKAN MALAM SEBAGAI PENUTUP MAJLIS PADA MALAM TERSEBUT.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: SEKALI LAGI PADA 23/4/2009, MAJLIS SOLAT HAJAT BULANAN TELAH DIADAKAN DI SURAU SEKOLAH. HAMPIR SEMUA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6 HADIR PADA MALAM TERSEBUT BERSAMA-SAMA DENGAN PARA GURU DAN IBU BAPA. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH DAN SETERUSNYA SOLAT HAJAT YANG DIIMAMKAN OLEH USTAZ MUSTAPHA FAIDZUL BIN HAMLI MANAKALA MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN SOLAT ISYAK BERJAMAAH TELAH DIPIMPIN OLEH USTAZ ABDUL RASHID BIN SETAR. MAJLIS PADA MALAM TERSEBUT DIAKHIRI DENGAN SEDIKIT JAMUAN MAKAN MALAM.

p4211649

p4211651

p4211653

p4211659

p4211661

p4211666

p4211668

p4211671

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: BERBENTUK KELAS TAMBAHAN TELAH DIMULAKAN PADA 6/4/2009. KELAS TAMBAHAN TERSEBUT DIADAKAN PADA SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS BERMULA PADA PUKUL 1.30 PETANG DAN BERAKHIR PADA PUKUL 3.00 PETANG.

TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SERTA GURU-GURU YANG TERLIBAT DI DALAM KELAS-KELAS TAMBAHAN TERSEBUT. SEMOGA USAHA MURNI INI AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T. DAN AGAR PARA PELAJAR SEMUA DAPAT MEMANFAATKAN KELAS TAMBAHAN INI UNTUK KECEMERLANGAN DIRI DAN SEKOLAH.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: MAJLIS SOLAT HAJAT BULANAN TELAH MULA DIADAKAN PADA 26/2/2009 DAN 26/3/2009 DI SURAU SEKOLAH. MAJLIS-MAJLIS SEPERTI INI AKAN TERUS DIADAKAN SEHINGGA KE MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA.

********************************

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2009: SATU PROGRAM MOTIVASI DIRI TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA TELAH DIADAKAN PADA 14/2/2009 JAM 8.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI DI DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU FATIMAH.

********************************

SERAMAI LEBIH DARIPADA 30 PELAJAR TAHUN 6 SEKOLAH INI TELAH MENGIKUT KLINIK UPSR 2009 (FASA 1) ANJURAN BERITA HARIAN PADA 31/1/2009 & 1/2/2009 BERTEMPAT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENTONG.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s