PEMBINAAN BANGUNAN BARU SEKOLAH

Posted: 19 August 2009 in Aktiviti Sekolah

PROJEK PEMBINAAN SATU BLOK EMPAT TINGKAT BANGUNAN BARU SEKOLAH YANG TELAH DILULUSKAN AKAN DIMULAKAN KERJA-KERJA PEMBINAANNYA PADA BILA-BILA MASA SAHAJA.

BUAT MASA INI, KERJA-KERJA AWAL TELAH PUN DIMULAKAN IAITU MEMASANG PAGAR KESELAMATAN DI SEKELILING TAPAK PEMBINAAN DAN MEMBUKA DAN MERUNTUHKAN SATU BLOK BANGUNAN LAMA SEKOLAH UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PROJEK INI.

BAGI MEMBOLEHKAN PROJEK INI BERJALAN LANCAR SERTA MENJAGA KESELAMATAN PARA PELAJAR, GURU-GURU DAN IBU BAPA PENJAGA, PINTU PAGAR HADAPAN SEKOLAH AKAN DITUTUP. PELAJAR-PELAJAR TIDAK LAGI DIBENARKAN MENGGUNAKAN PINTU PAGAR HADAPAN SEKOLAH SEBAIK SAHAJA PROJEK INI DIMULAKAN.

SEMUA YANG TERLIBAT DIMINTA MENGGUNAKAN PINTU BERHAMPIRAN PEJABAT/KANTIN SEKOLAH BAGI URUSAN MENGHANTAR DAN MENJEMPUT PELAJAR. PELAJAR ADALAH DINASIHATKAN MENUNGGU IBU BAPA PENJAGA DI KANTIN SEKOLAH DAN TIDAK LAGI DI TEMPAT BIASA TERUTAMANYA KEPADA PELAJAR PRA-SEKOLAH.

PIHAK SEKOLAH JUGA SEDANG MENGUSAHAKAN UNTUK MEMBINA PINTU MASUK KEDUA DI KAWASAN BERHAMPIRAN DENGAN SURAU UNTUK KESELESAAN SEMUA PIHAK.

KEPRIHATINAN TUAN PUAN TERHADAP PERKARA INI AMAT DIHARGAI.

TINGGAL KENANGAN: BLOK LAMA DIRUNTUHKAN


P8182087


P8182084


P8182085


P8182083

INSYAALLAH BLOK BARU YANG AKAN DIBINA MENGANDUNGI BILIK JQAF, SURAU, MAKMAL KOMPUTER, DEWAN SERTA KELAS

Comments
  1. […] SEKOLAH TELAH HAMPIR 100% SIAP DAN PADA MASA INI KERJA-KERJA KEMASAN AKHIR SEDANG GIAT DIJALANKAN. KERJA-KERJA PEMBINAAN YANG BERMULA SETAHUN YANG LALU BERJALAN DENGAN LANCAR TANPA MASALAH-MASALAH KELEWATAN YANG […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s