PERJUMPAAN IBU BAPA DENGAN GURU

Posted: 14 August 2009 in UPSR 2009

SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN TERDAHULU SERTA MELALUI SURAT, SATU PERJUMPAAN DI ANTARA IBU BAPA PENJAGA PELAJAR-PELAJAR UPSR 2009 DENGAN GURU-GURU YANG BERKENAAN TELAH SELAMAT DIADAKAN PADA 13/8/2009 DI KANTIN SK TUANKU FATIMAH.

SAMBUTAN DARIPADA PARA IBU BAPA PENJAGA SANGAT MENGGALAKKAN, TERUTAMANYA BAGI KELAS 6 ADNIN. BAGI KELAS-KELAS 6 FIRDAUS, NAIM DAN SALAM, KEHADIRAN IBU BAPA PENJAGA KURANG MEMUASKAN. SEBENARNYA KEADAAN INI (KURANGNYA SAMBUTAN IBU BAPA PENJAGA YANG ANAK-ANAK BELAJAR DALAM KELAS 6F, 6N DAN 6S UNTUK PERJUMPAAN DENGAN GURU-GURU) TELAH MENJADI SATU ‘TREND’ YANG TIDAK DIINGINI. KITA FAHAM MUNGKIN MEREKA SIBUK BEKERJA TETAPI PERJUMPAAN TERSEBUT JUGA PENTING UNTUK GURU-GURU MENYAMPAIKAN KEPADA IBU BAPA PERKEMBANGAN PELAJARAN, KEKUATAN, KELEMAHAN DAN POTENSI ANAK-ANAK. DENGAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI, IBU BAPA BOLEH MEMBUAT TINDAKAN SUSULAN MEREKA SENDIRI.

PIHAK PIBG DAN SEKOLAH BERHARAP UNTUK MASA-MASA YANG AKAN DATANG, TANPA MENGIRA DI DALAM KELAS MANA ANAK KITA BELAJAR, SEMUA IBU BAPA PENJAGA YANG BERKENAAN PERLULAH TURUT SAMA TERLIBAT DI DALAM SEMUA AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK PIBG DAN SEKOLAH.

[PERHATIAN: SEMASA PERJUMPAAN TERSEBUT TELAH DIBERIKAN JADUAL UPSR 2009, SLIP KEPUTUSAN PERCUBAAN UPSR 2009, DAN JADUAL WAKTU KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH 24 – 27 OGOS, 2009]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s