SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1)

Posted: 8 August 2009 in Kesihatan

PIHAK PIBG SK TUANKU FATIMAH JUGA MEMANDANG SERIUS PENULARAN WABAK SELESEMA BABI H1N1 YANG NAMPAKNYA MASIH TIADA PENGHUJUNGNYA. PIHAK SEKOLAH, GURU-GURU, IBU BAPA PENJAGA SERTA PARA PELAJAR HENDAKLAH SENTIASA MENEKANKAN ASPEK PENCEGAHAN DI DALAM MENGAWAL PENULARAN WABAK INI DI SEKOLAH.

SOALAN-SOALAN LAZIM SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1):

  1. APAKAH ITU PENYAKIT INFLUENZA A H1N1? – INFLUENZA A (H1N1) ADALAH SEJENIS PENYAKIT BERJANGKIT YANG DISEBABKAN OLEH SEJENIS VIRUS BARU. VIRUS INI TERHASIL DARIPADA MUTASI GEN VIRUS INFLUENZA BABI, BURUNG DAN MANUSIA.
  2. NEGARA MANA YANG DILANDA PENYAKIT INI? – MAKLUMAT YANG ADA PADA MASA INI MENUNJUKKAN BAHAWA KES YANG TERAWAL DIJANGKITI VIRUS INI DILAPORKAN DARI MEXICO DAN AMERIKA SYARIKAT PADA APRIL 2009 DAN TELAH MENULAR KE NEGARA-NEGARA LAIN.
  3. APAKAH TANDA DAN GEJALA PENYAKIT INI? – GEJALA AWAL JANGKITAN INI ADALAH MIRIP SELESEMA SEPERTI DEMAM, BATUK, SAKIT KEPALA, SAKIT BADAN, SAKIT TEKAK, SELESEMA DAN KADANG-KALA MUNTAH-MUNTAH ATAU CIRIT-BIRIT.
  4. BAGAIMANA KITA BOLEH DIJANGKITI? – VIRUS INI BERJANGKIT APABILA PESAKIT BATUK ATAU BERSIN. TITISAN CECAIR PERNAFASAN YANG KELUAR AKAN TERKENA TANGAN PESAKIT, PERMUKAAN ATAU TERSEBAR KE UDARA. SETERUSNYA, SESEORANG AKAN DIJANGKITI SAMA ADA MELALUI PERNAFASAN, SENTUHAN DENGAN TANGAN PESAKIT ATAU MENYENTUH PERMUKAAN YANG TERCEMAR DENGAN TITISAN CECAIR PESAKIT.
  5. PADA MASA INI ADAKAH JANGKITAN BERLAKU DARIPADA BABI KEPADA MANUSIA? – TIDAK.
  6. APAKAH NASIHAT KEPADA ORANG YANG DIJANGKITI VIRUS INI? – (a) SEGERA DAPATKAN RAWATAN DARIPADA DOKTOR. (b) UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN KEPADA ORANG LAIN, TUTUP MULUT DENGAN TISU ATAU SAPU TANGAN APABILA BATUK ATAU BERSIN. KERAP MENCUCI TANGAN DENGAN AIR DAN SABUN. (c) TINGGAL DI RUMAH DAN HADKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN. ELAK MENYENTUH MATA, HIDUNG DAN MULUT. (d) ELAKKAN DARIPADA PERGI KE TEMPAT AWAM YANG SESAK. (e) JANGAN GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN KEPADA ORANG LAIN.
  7. BERAPA LAMAKAH ORANG YANG DIJANGKITI BOLEH MENYEBARKAN VIRUS INI? – SELAGI MEREKA MEMPUNYAI GEJALA PENYAKIT INI. BIASANYA SEHINGGA 7 HARI DARIPADA TARIKH MULA MENGALAMI GEJALA PENYAKIT INI. KANAK-KANAK BOLEH MENYEBARKAN PENYAKIT INI BAGI TEMPOH YANG LEBIH LAMA.
  8. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHINDARI JANGKITAN PENYAKIT INI? – (a) JAUHI ORANG YANG NAMPAK TIDAK SIHAT DAN MENGHIDAPI DEMAM DAN BATUK. (b) KERAP CUCI TANGAN DENGAN AIR DAN SABUN. (c) ELAK MENYENTUH MUKA, KHUSUSNYA HIDUNG DAN MULUT UNTUK MENCEGAH KEMUNGKINAN JANGKITAN. (d) JIKA ANDA BERADA DI TEMPAT YANG DILANDA PENYAKIT INI, ELAKKAN BERADA DI TEMPAT AWAM YANG SESAK. (e) KETAHUI SITUASI SEMASA PENYAKIT INI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL. (f) AMALKAN CARA HIDUP SIHAT. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP, MAKAN SECARA SIHAT DAN LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL.
  9. ADAKAH TERDAPAT VAKSIN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA SELESEMA BABI (H1N1)? – BELUM ADA.
  10. ADAKAH VAKSIN BARU AKAN DICIPTA? – YA. WHO SEDANG BERUSAHA KE ARAH ITU.
    (www.moh.gov.my, www.who.int, Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia Tel: 03-88810200, 03-88810300 atau cprc@moh.gov.my)

PIHAK PIBG SEKALI LAGI MENEKANKAN AGAR SEMUA PIHAK MENGAMALKAN KEBERSIHAN DIRI. BASUH TANGAN DENGAN KERAP DAN BETUL DENGAN AIR DAN SABUN, KERINGKAN TANGAN DENGAN KAIN BERSIH ATAU TISU, GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN BILA BATUK ATAU BERSIN DAN ELAKKAN MENYENTUH MATA, HIDUNG ATAU MULUT. PIHAK SEKOLAH, GURU-GURU DAN IBU BAPA MESTI MENGGALAKKAN PELAJAR-PELAJAR MEMAKAI TOPENG MUKA DI SEKOLAH ATAU DI TEMPAT-TEMPAT AWAM.

PIHAK PIBG BERHARAP DENGAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG BOLEH DIAMBIL INI, RISIKO PENULARAN WABAK INI KE SK TUANKU FATIMAH DAPAT DIKURANG ATAU DIHALANG KERANA MENCEGAH ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI, INSYAALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s