SUMBANGAN PERSEKOLAHAN & PIBG 2009

Posted: 8 July 2009 in Sumbangan Persekolahan

MESYUARAT AGUNG PIBG 2009 PADA 28/3/2009 YANG LALU TELAH SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA SUMBANGAN PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2009 DITETAPKAN SEBANYAK RM25.00 (SETIAP PELAJAR) YANG MERANGKUMI PEPERIKSAAN DALAMAN, SUKAN & KEGIATAN AGAMA ISLAM SEMENTARA SUMBANGAN PIBG IALAH SEBANYAK RM17.00 (SETIAP PENJAGA).

KEPUTUSAN TERSEBUT JUGA TELAH DISAHKAN DI DALAM MESYUARAT AJK PIBG SKTF (1) YANG TELAH DIADAKAN PADA 14/5/2009.

PIHAK PIBG DAN SEKOLAH TELAH MENETAPKAN 28/5/2009 SEBAGAI TARIKH MEMBUAT BAYARAN. SURAT PEMBERITAHUAN JUGA TELAH DISERAHKAN KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA. PIHAK SEKOLAH SEKALI LAGI TELAH MENETAPKAN 2/7/2009 UNTUK PARA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MASIH BELUM MEMBUAT BAYARAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN.

NAMUN BEGITU, PIHAK PIBG DAN SEKOLAH BERASA KECEWA MEMANDANGKAN TIDAK SAMPAI PUN 40% DARIPADA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MEMBUAT BAYARAN WANG SUMBANGAN TERSEBUT. REALITI INI AMATLAH MENYEDIHKAN KERANA KUTIPAN YANG DITERIMA SETAKAT INI PUN TIDAK CUKUP UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN MENJALANKAN PEPERIKSAAN DALAMAN UNTUK ANAK TUAN/PUAN. APATAH LAGI UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI LAGI SEPERTI SUKAN, HARI ANUGERAH CEMERLANG, KEGIATAN AGAMA ISLAM DAN SEBAGAINYA.

DENGAN YANG DEMIKIAN, PIHAK PIBG DAN SEKOLAH SEKALI LAGI MENYERU KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA PELAJAR-PELAJAR SKTF YANG MASIH BELUM LAGI MEMBAYAR WANG SUMBANGAN TERSEBUT AGAR DAPAT BERBUAT DEMIKIAN DENGAN KADAR SEGERA. BAYARAN BOLEH DIBUAT DI PEJABAT SEKOLAH PADA WAKTU PEJABAT. SEKIRANYA TERDAPAT IBU BAPA DAN PENJAGA YANG TIDAK MAMPU MEMBAYAR SEKALI GUS, BAYARAN JUGA BOLEH DIBUAT SECARA ANSURAN. SILA DATANG KE SEKOLAH UNTUK BERBINCANG.

UNTUK MAKLUMAN PARA IBU BAPA DAN PENJAGA, WANG SUMBANGAN TERSEBUT SANGAT PENTING KEPADA PIHAK PIBG DAN SEKOLAH KERANA DENGAN WANG TERSEBUTLAH SEGALA AKTIVITI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN KO-KORIKULUM ANAK-ANAK KITA DAPAT DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA. KESEMPURNAAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA YANG WAJIB DIUTAMAKAN. BERLAKU ADILLAH KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR WANG SUMBANGAN MEREKA.

KERJASAMA DARIPADA IBU BAPA DAN PENJAGA SANGAT-SANGAT DIHARGAI DEMI KEMAJUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s