PERTUKARAN GURU

Posted: 2 July 2009 in Guru-guru

PIHAK PIBG SKTF TELAH DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK SEKOLAH BAHAWA TERDAPAT BEBERAPA PERTUKARAN GURU-GURU YANG TELAH BERKUATKUASA PADA 16/5/2009 YANG LALU.

  1. PUAN NARUDA BT. YUSOF, GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN YANG JUGA MERUPAKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG TELAH BERTUKAR DAN MEMULAKAN TUGAS BARU DI JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG; DAN
  2. ENCIK ALIAS BIN ABDUL RAZAK, PPN., PJK., PKT., GURU PENOLONG KANAN KO-KORIKULUM TELAH BERTUKAR KE SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH HINAI, PEKAN, PAHANG.

PIHAK PIBG MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA KEDUA-DUA GURU DI ATAS YANG TELAH MENYUMBANG KHIDMAT BAKTI KEPADA PIBG DAN SKTF. SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG LEBIH TINGGI DI TEMPAT BARU SERTA DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T. HENDAKNYA DI MANA JUA MEREKA BERADA.

BERKUATKUASA DARIPADA 16/5/2009 YANG LALU JUGA, DUA ORANG GURU BARU TELAH MELAPORKAN DIRI UNTUK BERKHIDMAT DI SKTF. MEREKA IALAH:

  1. PUAN HAJJAH LENI BT. RASHID, DARI SEKOLAH KEBANGSAAN SG. DUA, KARAK. BELIAU TELAH DILANTIK SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DI SEKOLAH INI; DAN
  2. PUAN ZALEHA BT. OSMAN, DARI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA, CAMERON HIGHLAND, PAHANG. BELIAU TELAH DILANTIK SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN KO-KORIKULUM.

PIHAK PIBG SKTF MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KEDUA-DUA GURU TERSEBUT KE SEKOLAH INI. SEMOGA KEHADIRAN MEREKA DAPAT MENYEMARAKKAN LAGI KECEMERLANGAN DAN KECERIAAN SKTF SERTA PIBG DENGAN IDEA-IDEA BARU YANG BERNAS. SELAMAT MAJU JAYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s