SAMBUTAN HARI GURU 2009

Posted: 21 May 2009 in Guru-guru
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK TUANKU FATIMAH 2009 TELAH DIADAKAN PADA HARI ISNIN 18/5/2009 BERTEMPAT DI PENTAS PERKASA SKTF. SAMBUTAN ANJURAN KELAB GURU SKTF TELAH TURUT DIHADIRI OLEH YANG DIPERTUA PIBG SKTF. SAMBUTAN HARI GURU 2009 YANG BERTEMAKAN GURU PEMBINA NEGARA BANGSA TELAH DIMULAKAN SEAWAL PUKUL 7.45 PAGI DI MANA PARA PELAJAR DAN GURU MENGAMBIL TEMPAT DI DATARAN PERHIMPUNAN UNTUK PERHIMPUNAN RASMI.

SAMBUTAN DIMULAKAN DENGAN BACAAN DOA OLEH USTAZ MUSTAPHA FAIDZUL. DIIKUTI DENGAN  NYANYIAN LAGU TEMA HARI GURU OLEH SEMUA GURU-GURU SKTF DAN BACAAN SAJAK OLEH USTAZAH NORHIDAYAH DAN DUA ORANG PELAJAR. SEMENTARA ITU, PERUTUSAN HARI GURU PULA DISAMPAIKAN OLEH PUAN MURENIYA. SAMBUTAN DITERUSKAN DENGAN UCAPAN OLEH WAKIL PELAJAR, UCAPAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG DAN SETERUSNYA UCAPAN OLEH TUAN GURU BESAR. TUAN GURU BESAR TELAH BERBESAR HATI MEMOTONG KEK SAMBUTAN HARI GURU DAN SETERUSNYA MAJLIS PENYERAHAN HADIAH-HADIAH OLEH PARA PELAJAR KEPADA GURU-GURU.

BAGI MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN, PERLAWANAN BOLASEPAK TELAH DIADAKAN DI ANTARA PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU. PASUKAN GURU TELAH MENANG DENGAN KEPUTUSAN TENDANGAN PENALTI DI AKHIR PERLAWANAN. PERLAWANAN BOLA TAMPAR DAN PERTANDINGAN TARIK TALI JUGA TELAH DIADAKAN.

SAMBUTAN DIAKHIRI DENGAN PERSEMBAHAN KREATIF GURU-GURU SECARA BERKUMPULAN DALAM ACARA NYANYIAN, SAJAK DAN LAKONAN.

TERIMA KASIH GURU-GURU.

UCAPAN GURU BESAR

UCAPAN GURU BESAR

NYANYIAN LAGU TEMA

NYANYIAN LAGU TEMA

SILA KLIK GALERI HARI GURU 2009 UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR SAMBUTAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s