MESYUARAT AJK PIBG (1) SESI 2009/2010

Posted: 19 May 2009 in Berita, PIBG, PIBG - MESYUARAT AJK

MESYUARAT AJK PIBG BAGI KALI PERTAMA SESI 2009/2010 TELAH DIADAKAN PADA 14/5/2009 SEPERTI YANG TELAH DITETAPKAN. KEHADIRAN PARA AJK SANGAT MENGGALAKKAN. TERIMA KASIH KEPADA AJK YANG HADIR. TUAN GURU BESAR, SELAKU PENASIHAT PIBG JUGA TURUT HADIR. MESYUARAT YANG DIMULAKAN PADA PUKUL 3.30 PETANG BERJALAN DI DALAM SUASANA YANG CERIA DAN MESRA. BANYAK ISU-ISU YANG TELAH DIBANGKITKAN DAN IDEA-IDEA SERTA CADANGAN-CADANGAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH PARA AJK TERUTAMANYA TENTANG SUASANA PERSEKOLAHAN DAN FUNGSI-FUNGSI PIBG.

MESYUARAT JUGA TELAH MENGESAHKAN JUMLAH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN DAN PIBG YANG HARUS DISUMBANGKAN OLEH IBU BAPA / PENJAGA SEPERTI YANG TELAH DIPUTUSKAN SECARA SEBULAT SUARA DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2009 PADA BULAN MAC YANG BARU LALU. JUMLAH SUMBANGAN TERSEBUT IALAH:-

SUMBANGAN PERSEKOLAHAN: RM25.00 (BAGI SETIAP PELAJAR)

SUMBANGAN PIBG: RM17.00 (BAGI SETIAP KELUARGA)

[ILUSTRASI 1: JIKA PARA IBU BAPA MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERSEKOLAH DI SKTF MAKA SUMBANGAN PERSEKOLAHAN IALAH RM25.00. JIKA MEMPUNYAI DUA (2) ANAK BERSEKOLAH DI SKTF MAKA SUMBANGAN PERSEKOLAHAN IALAH RM50.00 & SETERUSNYA]
[ILUSTRASI 2: JIKA PARA IBU BAPA MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERSEKOLAH DI SKTF MAKA SUMBANGAN PIBG IALAH RM17.00. JIKA MEMPUNYAI DUA (2) ORANG ANAK ATAU LEBIH BERSEKOLAH DI SKTF MAKA SUMBANGAN PIBG MASIH RM17.00]
[ILUSTRASI 3: JIKA PARA IBU BAPA MEMPUNYAI SEORANG ANAK SAHAJA BERSEKOLAH DI SKTF MAKA JUMLAH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN DAN PIBG IALAH RM42.00 (RM25 + RM17). JIKA MEMPUNYAI DUA (2) ORANG ANAK YANG BESEKOLAH DI SKTF MAKA SUMBANGAN PERSEKOLAHAN DAN PIBG IALAH RM67.00 (RM50 + RM17)]

PIHAK PIBG DAN SKTF MEMOHON KERJASAMA IKHLAS DARIPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PARA IBU BAPA DAN PENJAGA AGAR DAPAT MENGHULURKAN SUMBANGAN SEPERTI DI ATAS BAGI MEMUDAHKAN PIHAK PIBG DAN SEKOLAH MELAKSANAKAN SEGALA PERANCANGAN YANG TELAH DIATUR UNTUK KEMAJUAN DAN KECEMERLANGAN PELAJARAN ANAK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN. SURAT PEMBERITAHUAN BERKENAAN DENGAN PERKARA INI SERTA CARA DAN TARIKH PEMBAYARAN AKAN DIHANTAR KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA DALAM MASA YANG TERDEKAT, INSYAALLAH.

CARA DAN MASA PEMBAYARAN AKAN DIMAKLUMKAN DALAM MASA YANG TERDEKAT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s