TERIMA KASIH TN. HJ. JALAINI BIN JASMAN AMP

Posted: 5 May 2009 in Penghargaan
TN. HJ. JALAINI BIN JASMAN, AMP

TN. HJ. JALAINI BIN JASMAN, AMP

PADA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 31 YANG BARU LALU, YANG DIPERTUA PIBG PADA MASA ITU, TN. HJ. JALAINI BIN JASMAN AMP, TELAH MENYATAKAN HASRAT UNTUK MENARIK DIRI DARIPADA MEMIMPIN PIBG SKTF ATAS SEBAB-SEBAB KOMITMEN TUGAS RASMI. WALAUPUN PIHAK PIBG KEBERATAN MELEPASKAN BELIAU NAMUN KETEGASAN MENGATASI PUJUKAN. DI ATAS PENARIKAN DIRI BELIAU, AHLI-AHLI TELAH MENGUNDI DAN MEMILIH NAIB YANG DIPERTUA, ENCIK HANIMUDDIN BIN ABD HAMID SEBAGAI YANG DIPERTUA PIBG SKTF BAGI SESI 2009/2010.
TN. HJ. JALAINI BIN JASMAN AMP, YANG BERKHIDMAT SEBAGAI JURUTERA DAERAH, JABATAN BEKALAN AIR BENTONG, TELAH MULA MEMEGANG JAWATAN YANG DIPERTUA PIBG SKTF PADA SESI 2005/2006. BELIAU MENGGANTIKAN TN. HJ. ABDULLAH HADI BIN MAHMUD, YANG DIPERTUA PIBG SKTF SESI 2004/2005. SEBELUM DARIPADA ITU, BELIAU TELAH UNTUK BEBERAPA TAHUN BERKHIDMAT DI DALAM PIBG SKTF SEBAGAI NAIB YANG DIPERTUA.

DI SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT, TERUTAMANYA SEMASA BELIAU MENJADI YANG DIPERTUA SELAMA 4 SESI SEHINGGA 2008/2009, BANYAK SUMBANGAN-SUMBANGAN IDEA, CADANGAN DAN NASIHAT BELIAU TELAH DITERIMAPAKAI DAN DILAKSANAKAN OLEH PIBG DAN PIHAK SEKOLAH. DI SAMPING ITU, BEBERAPA ACARA PIBG DAN SEKOLAH SEPERTI MESYUARAT AGUNG, SUKAN TAHUNAN, HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH DAN PRA SEKOLAH DAN AKTIVITI-AKTIVITI LAIN TELAH DIRASMIKAN OLEH BELIAU SEBAGAI PENGHORMATAN SELAKU YANG DIPERTUA PIBG.

PIHAK PIBG SKTF SESI 2009/2010 MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TN. HJ. JALAINI BIN JASMAN AMP DI ATAS BAKTI BELIAU KEPADA PIBG SKTF SELAMA INI. KAMI MASIH LAGI MEMERLUKAN SUMBANGAN BAKTI DARIPADA TUAN HAJI SEKIRANYA TUAN HAJI TIDAK KEBERATAN. PIHAK PIBG JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI JAWATANKUASA SESI LEPAS IAITU TN. HJ. SAYUJAN ABD MAJID, EN. BAHARUDIN BIN ABAS, EN. DZULKEFFLY ABDUL GHANI, PN. HAYATI YUSOFF, PN. AZIZAH UMOR DAN PN. HAMIDAH MAJID DI ATAS KHIDMAT BAKTI MEREKA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s