MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31 TAHUN 2009

Posted: 13 April 2009 in Aktiviti Sekolah, Berita, PIBG, PIBG - MESYUARAT AGUNG

PIBG SKTF telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 31 pada 28/3/2009 jam 9.00 pagi di Pentas Perkasa SK Tuanku Fatimah. Perasmian Mesyuarat Agung tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Hoh Khai Mun, DSAP., DIMP., Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Tempatan Negeri Pahang.

Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rashid Bin Setar memulakan aturcara Mesyuarat Agung tersebut diikuti dengan ucapan Guru Besar SKTF, Tuan Hj. Abd. Rahman Bin Abd. Aziz, AMP. Tuan Guru Besar di dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan YB Dato’, para ibu bapa dan guru-guru ahli PIBG. Beliau telah melaporkan bahawa seramai 28 orang pelajar telah memperolehi 5A di dalam peperiksaan UPSR 2008. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru, ibu bapa dan PIBG di atas kejayaan tersebut dan menambah bahawa semua pihak perlu bekerja lebih keras untuk kejayaan akan datang kerana kita tidak boleh hanya bersandar kepada sejarah kejayaan lampau demi kejayaan di masa depan.

Ucapan Yang Di Pertuan PIBG, Tuan Hj. Jalaini Bin Jasman, AMP juga berkisar tentang pencapaian UPSR 2008 di samping mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ dan ahli PIBG sekalian. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak yang berada di belakang kejayaan tersebut. Beliau juga telah mengumumkan hasrat untuk tidak lagi menerajui PIBG SKTF bagi sesi yang akan datang memandangkan telah lima tahun beliau memegang jawatan Yang Di Pertua dan sebab-sebab tugas rasmi.

Di dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah berusaha keras dalam memastikan pencapaian yang membanggakan di dalam pendidikan murid-murid terutamanya pencapaian UPSR 2008 di mana 28 pelajar telah memperolehi 5A. YB Dato’ juga berharap agar kerjasama ibubapa dan guru-guru dipereratkan lagi demi kemajuan pendidikan murid-murid. Pihak YB Dato’ juga telah bermurah hati memperuntukkan sejumlah RM3,000.00 untuk membantu PIBG di dalam menjalankan tugas-tugas dan fungsi-fungsinya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ yang telah sudi memenuhi jemputan pihak PIBG untuk merasmikan Menyuarat Agung dan di atas peruntukan tersebut.

Seterusnya telah diadakan majlis penyampaian sijil-sijil dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SKTF sesi 2008. YB Dato’ telah sudi menyampaikan sijil-sijil dan cenderahati-cenderahati tersebut kepada;

Penasihat: Tn. Hj. Abd. Rahman Bin Abd. Aziz, AMP

Yang DiPertua: Tn. Hj. Jalaini Bin Jasman, AMP

Naib Yang DiPertua: En. Hanimuddin Bin Abd. Hamid

Setiausaha: En. saiful Bahri Bin Ramli

Naib Setiausaha: Pn. Azmona Bt. Zakora

Bendahari: Pn. Shafida Hazlin Bt. Safee

Naib Bendahari: En. Mohd Nain Bin Zin

Juru Audit: En. Roslan Bin Sarip

Juru Audit: En. Dzulkeffly Bin Abdul Ghani

AJK: Pn. Naruda Bt. Yusof

Pn. Tui Soke Lan

En. Roslan Bin Shafii

En. Baharudin Bin Abas

Tg. Azalli Bin Tg. Sulaiman

Tn. Hj. Sayujan Bin Abd. Majid

Pn. Hayati Bt. Yusoff

Pn. Azizah Bt. Umor

Pn. Hamidah Bt. Majid

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG SKTF sesi 2008 yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKTF Kali Ke 31 tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s