AKTA PENDIDIKAN 1966

Posted: 13 April 2009 in Akta/Peraturan

Berikut diperturunkan sedutan daripada Akta Pendidikan 1966 yang berkaitan dengan tujuan-tujuan PIBG ditubuhkan, fungsi-fungsinya dan had-had bidang kuasa PIBG.

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN – PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBUBAPA & GURU) 1998

[Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG) SEKOLAH

Peraturan 3: Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

(b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka;

(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan

(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Peraturan 4: Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;

(a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

(b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

(c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

(d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Larangan-Larangan:

Peraturan 54: Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.

Peraturan 55: Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oeh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.

Peraturan 56: Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Peraturan 57: Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s