Archive for the ‘Berita’ Category

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TELAH DIADAKAN PADA 16 MEI, 2013 BERTEMPAT DI DATARAN PERHIMPUNAN SKTF. TURUT HADIR KE SAMBUTAN TERSEBUT IALAH EN. HANIMUDDIN ABD HAMID, YANG DIPERTUA PIBG.

967207_659474920745404_667467778_o


966461_659474844078745_1156677602_o

967113_659476157411947_1133983511_o

334613_659474737412089_903465328_o

Mesyuarat Agung PIBG SK.Tuanku Fatimah, Bentong telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Mac 2013. Mesyuarat pada kali ini  telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan merangkap  Ahli Parlimen Bentong, YB. Dato’ Seri Liow Tiong Lai.

Mesyuarat Agung telah memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013/14 yang baru seperti berikut:

Yang Di Pertua: En. Hanimuddin Bin Abd Hamid
Naib Yang Di Pertua: En. Roslan Bin Shafii
Setiausaha: En. Abd Rashid Bin Setar
Naib Setiausaha: En. Mohd Syahmi Bin Zulkifli
Bendahari: Pn. Siti Norbaya Bt Mohd Saleh

Ahli Jawatankuasa:

  1. Pn. Norishah Bt Jaafar
  2. En. Mat Zamlus Bin Yazid
  3. Pn. Tui Soke Lan
  4. Tn. Hj. Abdullah Bin Abd. Hadi
  5. En. Mohd Ariffin Bin Yaakob
  6. En. Nik Md Atfan Bin Nik Md Nor
  7. En. Mohd Hairul Azan Bin Haderi
  8. En. Fairuz Izzuan Bin Mohd Baharudin
  9. En. Abdul Jamal Bin Abd Razak
  10. Pn. Wan Pauziah Bt Wan Mamat
  11. Pn. Fadilah Bt Kamaruddin
Juru Audit:
  1. En. Wan Saiful Anam Bin Wan Omar
  2. Pn. Zunariah Bt Mat Noor
Beralasankan kepada kenaikan kos di dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti PIBG, Mesyuarat Agung pada kali ini secara majoritinya telah bersetuju untuk menetapkan bahawa sumbangan PIBG pada tahun 2013 ialah sebanyak RM40.00 setiap keluarga.
PIBG SK Tuanku Fatimah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ yang telah sudi hadir dan merasmikan mesyuarat agung PIBG pada kali ini serta sumbangan yang telah diberikan.
Terima kasih juga kepada pihak sekolah, guru-guru, ajk serta ibubapa ahli PIBG yang telah bersama-sama menjayakan mesyuarat ini.

KEPUTUSAN UPSR 2012

Posted: 19 November 2012 in Berita

Tahniah kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah di atas pencapaian UPSR 2012 di mana 26 orang pelajar telah berjaya meraih keputusan 5A serta peningkatan di dalam peratusan lulus setiap subjek dan keputusan keseluruhan yang menjadikan SKTF terulung di Daerah Bentong.

UPSR 2012

Posted: 11 September 2012 in Berita


PIBG SK TUANKU FATIMAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH UPSR 2012 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6. SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA MELALUINYA DAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN, INSYAALAH.

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SK TUANKU FATIMAH, BENTONG AKAN MENGADAKAN MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & BACAAN SURAH YAASIN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2012 (KHAMIS)
MASA: 7.00 MALAM
TEMPAT: MASJID BANDAR BENTONG

PIHAK SEKOLAH MENJEMPUT SEMUA AJK PIBG BAGI MENGHADIRI MAJLIS TERSEBUT. KEPRIHATINAN DAN KEHADIRAN TUAN/PUAN KE MAJLIS TERSEBUT DIHARAP AKAN DAPAT MENINGKATKAN KEKUATAN ROHANI KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR MURID-MURID TAHUN 6 PADA TAHUN INI.

SALAM IDULFITRI 1433H

Posted: 20 August 2012 in Agama, Berita

ALHAMDULILLAH, SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIBG SK TUANKU FATIMAH TELAH DIANUGERAHKAN SEBAGAI PIBG CEMERLANG PERINGKAT DAERAH BENTONG 2012 (KATEGORI SK BANDAR).

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TERSEBUT TELAH DIADAKAN PADA 13/7/2012, PUKUL 2.45 PETANG DI DEWAN SEMINAR, PEJABAT PELAJARAN DAERAH BENTONG. ANUGERAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH YB DATO’ HOH KHAI MUN, DSAP., DIMP., PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN & ALAM SEKITAR & KESIHATAN NEGERI PAHANG.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK PIBG, AHLI-AHLI PIBG, PIHAK SEKOLAH, GURU BESAR, GURU-GURU SERTA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DI DALAM KEJAYAAN INI.

 

 

 

MESYUARAT AJK INI TELAH BERMULA PADA PUKUL 3 PETANG DAN TELAH DIHADIRI OLEH SEMUA AJK TERMASUK JURUAUDIT KECUALI 2 AJK DARIPADA KALANGAN GURU YANG MEMPUNYAI TUGAS-TUGAS RASMI. TURUT HADIR TUAN GURU BESAR SELAKU PENASIHAT.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK YANG TELAH HADIR DAN MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM MESYUARAT TERSEBUT.

INSYAALLAH DENGAN KOMITMEN YANG TELAH DIBERIKAN AKAN MEMBOLEHKAN SEMUA PROGRAM YANG TELAH DISUSUN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SEMPURNA.

MESYUARAT TELAH DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5 PETANG.

PIHAK PIBG MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PIHAK SEKOLAH KERANA TELAH BERJAYA MUNCUL SEBAGAI JOHAN PERINGKAT NEGERI PAHANG DI DALAM PERTANDINGAN LORONG PPDa (PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH) DAN PERTANDINGAN 3K (KESELAMATAN, KEBERSIHAN & KEINDAHAN ALAM SEKITAR SEKOLAH).

SEMOGA PIHAK SEKOLAH SENTIASA BERSEDIA UNTUK KE PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN PULA.

MAJLIS JELAJAH DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 YANG BERTUJUAN MEMBUAT KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN DI MALAYSIA TELAH PUN BERMULA PADA 29/4/2012 DAN AKAN BERAKHIR PADA 14/7/2012 DI JOHOR.

PADA 23/6/2012, JELAJAH TERSEBUT TELAH DIADAKAN DI KUANTAN, PAHANG DI MANA PIBG SK TUANKU FATIMAH TELAH DIJEMPUT MENGHADIRINYA. YDP PIBG TELAH HADIR MEWAKILI PIBG SK TUANKU FATIMAH KE DIALOG TERSEBUT. DIALOG INI TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH PROF. DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN DAN PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN.

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT BERKENAAN DIALOG TERSEBUT SERTA KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN, SILA KLIK